Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Intim Bersama, Kim Saeron Sengaja Bongkar Hubungan Cinta Dengan Kim Soohyun?

Muat Naik Foto Intim Bersama, Kim Saeron Sengaja Bongkar Hubungan Cinta Dengan Kim Soohyun?

Makin lama makin banyak berita tak disangka dilaporkan dalam dunia hiburan Korea.

Pada awal pagi ini, peminat K-Drama nyata terkejut melihat foto yang dimuat naik oleh Kim Sae-ron (23) di Instagram Story miliknya.

Dalam foto itu, dapat dilihat dia berkelakuan mesra dengan Kim Soo-hyun (36) dengan melagakan pipi masing-masing menandakan hubungan yang rapat. Pun begitu, gambar tersebut dipadam tak sampai seminit selepas ia dimuat naik lantas ramai menebak Kim Sae-ron tanpa sengaja memaparkan gambar itu atau mungkin juga sengaja bagi mendapatkan perhatian ramai.

Pun begitu, ini hanyalah tebakan sahaja dan orang ramai tidak pasti apakah motif pelakon wanita itu.

kim soohyun kim saeron

Kata mereka,

Dispatch seronoklah nanti ni.

 

Kenapa pandangan mata Kim Soo-hyun macam tu.

 

Ni gambar zaman bila ni.

 

Drama dia tengah popular tiba-tiba nak rosakkan.

 

Tapi beza umur mereka terlalu jauh kan.

Dalam pada itu, Kim Sae-ron kini dikhabarkan mengajar kelas lakonan selepas ‘dipulau’ dari industri dek insiden memandu dalam keadaan mabuk hingga merosakkan harta awam. Malah dia terus menerima kritikan ramai kerana tertangkap mengadakan parti meminum alkohol sempena hari jadinya meskipun mengatakan sedang muhasabah diri atas kejadian itu.

Kim Sae-ron juga dahulu pernah bernaung di bawah agensi Gold Medalist yang dibuka oleh Kim Soo-hyun dan abang saudaranya. Walau bagaimanapun, mereka menamatkan kontrak bersama wanita itu selepas insiden berkenaan.

Entah lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...