Ikuti Kami:

Setelah 6 Tahun, D.O EXO & Yeon Junseok Bergandingan Semula Dalam ‘Bad Prosecutor’

Setelah 6 Tahun, D.O EXO & Yeon Junseok Bergandingan Semula Dalam ‘Bad Prosecutor’

D.O EXO dan Yeon Jun-seok kini kembali bergandingan dalam satu drama!

Drama terbaru, “Bad Prosecutor” merupakan drama terbaru yang mengisahkan mengenai seorang pendakwa raya yang kurang sopan namun sangat cenderung untuk menegakkan keadilan dengan apa jua cara.d.oMenerusi drama tersebut, D.O bakal membawa watak sebagai Jin Jung, yang digelar sebagai pendakwa raya yang jahat yang ingin menjatuhkan golongan yang menggunakan kuasa dan kemewahan untuk hidup tanpa berdasarkan undang-undang.

Manakala, Yeon Jun-seok bakal memegang watak sebagai Lee Chul-gi, seorang penyiasat di jabatan pendakwa raya. Ini sekaligus menandakan bahawa, mereka bakal bergandingan bersama setelah hampir 6 tahun lamanya sejak kerjasama mereka sebelum ini. Mereka berdua pernah berkerjasama sebelum ini menerusi filem “Pure Love” pada 2016. d.o Dalam drama terbaru ini juga, watak mereka berdua, Jing Jung dan Lee Chul-gi, memerlukan mereka untuk sentiasa berkerjasama dalam setiap kes. Melihat kepada gandingan mereka, pengarah drama itu turut berkata,

Disebabkan oleh D.O dan Yeon Jun-seok pernah berkerjasama sebelum ini, mereka kelihatan sangat hebat dari segi keserasian mereka sebagai satu pasukan. Mereka memaparkan tahap kepercayaan, kesetiaan dan kerjasama yang sesuai. 

Nantikan gandingan dorang dalam “Bad Prosecutor” pada 5 Oktober ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...