Ikuti Kami:

“Tak Jangka Langsung” – Imej ‘Kusut’ D.O EXO Untuk ‘Bad Prosecutor’ Jadi Perhatian

“Tak Jangka Langsung” – Imej ‘Kusut’ D.O EXO Untuk ‘Bad Prosecutor’ Jadi Perhatian

Apabila bercakap mengenai idola yang berbakat dalam bidang lakonan, mesti nama D.O. atau Do Kyung-soo dari EXO terlintas di fikiran anda kan?

Terbaru, lelaki berusia 29 tahun itu disahkan bakal menerajui sebuah drama perundangan bertajuk “Bad Prosecutor” di KBS pada Oktober nanti. D.O. dikhabarkan bakal membawa tak Jin Jeong iaitu seorang pendakwa raya yang nakal dan tekad menyingkirkan pengurusan tak telus dalam sistem perundangan. Di sampingnya ialah seorang pendakwa raya senior, Shin A-ra (Lee Se-hee) yang tenang dan tegas.

Terbaru, drama tersebut telah meriliskan klip pendek bagi memaparkan apa yang boleh dijangkakan oleh penonton dalam “Bad Prosecutor”.

Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan teruja apabila melihat perubahan imej D.O. hampir 180 darjah sebagai Jin Jeong. Dengan rambut yang tak terurus namun mata yang penuh keazaman, kesemua peminat berasa tidak sabar untuk menonton drama ini.

Oh, saya boleh lihat ‘kegilaan’ pada matanya. Dia seorang unik dan pelakon yang baik.

 

Ini ialah konsep yang saya tak jangka langsung.

 

Bagaimana nak tunggu sampai Oktober?

 

Dia nampak seperti orang gila. Adakah ini siri komik?

 

Saya seronok menonton ‘100 Days My Prince’. Tak sabar nantikan siri ini.

 

Dia seorang psiko yang kacak.

Menurut pengarah siri ini, “Bad Prosecutor” masih lagi sedang menjalani penggambaran dan dijangka bakal tamat sebelum November nanti.

Dalam pada itu, D.O. akan muncul dalam dua filem lain iaitu naskhah angkasa lepas “The Moon” dan naskhah romantik “Secret”.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...