Korang tahu tak, selain pelakon, Seo In-guk juga merupakan seorang penyanyi?
Terbaru pada 23 Mei, agensi bagi pelakon dan penyanyi itu telah mengumumkan,
Seo In-guk akan mengeluarkan album tunggal baharu pada 14 Jun.
Selain itu, difahamkan bahawa Seo In-guk kini sedang membuat persiapan untuk peringkat akhir album tersebut.
Untuk pengetahuan, keluaran album Seo In-guk kali ini merupakan muzik baharunya dalam tempoh 5 tahun sejak lagu “Walk Together” yang dikeluarkan pada Mac 2017, meningkatkan jangkaan peminat yang sudah lama menantikan penampilan selebriti itu sebagai penyanyi.
Sekadar info, Seo In-guk adalah pemenang musim 1 program peraduan uji bakat Mnet “Superstar K” pada tahun 2009, dan telah membuat penampilan sulungnya dengan “Call Me” pada tahun yang sama.
Nantikan keluaran muzik baharu Seo In-guk pada 14 Jun ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.