Ikuti Kami:

Kang Mina Bakal Jadi ‘Adik’ Seo Inguk Dalam Drama Akan Datang

Kang Mina Bakal Jadi ‘Adik’ Seo Inguk Dalam Drama Akan Datang

Kang Mi-na yang sebelum ini terkenal menerusi drama Hotel De Luna, kini khabarnya bakal tampil dalam satu drama KBS terbaru “Minamdang”!

Kang Mi-na yang bakal menerajui “Minamdang” yang merupakan sebuah siri misteri komedi yang turut dibintangi oleh Seo In-guk sebagai bomoh lelaki penipu bernama Nam Han-joon yang pernah menjadi profiler. Oh Yeon-seo yang turut membintangi “Minamdang” memgang watak sebagai detektif dalam unit jenayah kekerasan bernama Han Jae-hee yang mementingkan keadilan.

Kang Mi-na memainkan watak sebagai adik Nam Han-joon, iaitu Nam Hye-joon, yang bersemangat bebas dan bertenaga dengan sisi pemikiran yang berbeza. Dia pernah menjadi penggodam genius dalam NIS, tetapi dia bersifat pontan dan melulu apabila mengumumkan perletakan jawatannya untuk menjadi pemain profesional.

Sifat baru yang dikeluarkan melalui siri ini menunjukkan perubahan sempurna Kang Mi-na menjadi Nam Hye-joon, yang mencipta suasana meriah dengan ekspresi nakalnya. Dalam satu foto promosi siri itu, dia kelihatan fokus terhadap komputer ribanya, dan cermin mata berbingkai hitamnya menyerlahkan personaliti seorang yang cerdas. Nam Hye-joon menarik perhatian dengan keberaniannya yang unik, dan peminat sudah tidak sabar-sabar untuk melihat keserasian adik-beradik yang bergandingan dengan Nam Han-joon.kang minaPihak produksi turut berkongsi,

Kang Mi-na dengan tenaganya yang segar dan aktif sangat sesuai membawa watak Nam Hye-joon yang bersemangat bebas menunjukkan kesesuaian sinergi yang hebat. Sila nantikan kisah Nam Hye-joon, yang nampaknya melakukan apa sahaja yang dia mahu tetapi sebenarnya seorang yang baik dan penuh belas kasihan.

Siri “Minamdang” dikhabarkan akan ditayangkan pada bulan Jun ini. Tak sabar kan nak tengok gandingan Kang Mi-na, Seo In-guk dan juga bersama beberapa artis hebat lain? Tunggu ‘update’ seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...