Ikuti Kami:

Setelah 5 Bulan, Peminat Seronok Lihat Jeongyeon TWICE Buat Penampilan Umum Pertama

Setelah 5 Bulan, Peminat Seronok Lihat Jeongyeon TWICE Buat Penampilan Umum Pertama

Setelah lama menyepi secara umum, pasti ramai peminat yang merindukan Jeong-yeon TWICE, kan?

Pada 26 Julai, Jeong-yeon TWICE telah menghadiri tayangan perdana VIP filem “Hansan: Rising Dragon” bersama dengan rakan sekumpulannya iaitu Ji-hyo.

Memandangkan ini adalah penampilan pertama Jeong-yeon di khalayak ramai sejak Februari lepas, ramai peminat meluahkan rasa rindu mereka pada idola itu.

twice jeongyeon

Antara komen yang ditulis peminat:

Saya rindu Jeong-yeon. Harap dia cepat sembuh.

Nampaknya awak telah bertambah baik. Saya harap awak sihat.

Semoga kesihatan Jeong-yeon semakin pulih. Saya rindu dia.

Bagi yang belum tahu, menjelang kemunculan semula TWICE pada Jun 2019, Jeong-yeon terpaksa berhenti dari membuat promosi kerana cakera hernia di lehernya serta masalah tiroid yang lain. Pada Disember 2021 pula, idola itu terpaksa menarik diri daripada konsert luar talian atas sebab kesihatan.

Dalam pada itu, TWICE sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula mereka dengan album baharu pada 26 Ogos nanti. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...