Ikuti Kami:

Sebab Masalah Kesihatan, Jeongyeon Tidak Sertai Konsert TWICE Di Seoul Minggu Ini

Sebab Masalah Kesihatan, Jeongyeon Tidak Sertai Konsert TWICE Di Seoul Minggu Ini

Jeong-yeon TWICE tidak akan terlibat untuk konsert kumpulan itu di Seoul minggu ini.

Pada 20 Disember, JYP Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut:

Helo, ini JYPE.

Selepas perbincangan dengan Jeong-yeon dan ahli lain, telah diputuskan bahawa kerana masalah kesihatan, Jeong-yeon tidak akan menyertai konsert Seoul TWICE 4TH WORLD TOUR ‘III’ yang dijadualkan pada 25 dan 26 Disember.

Kami memohon maaf kerana menyampaikan berita malang kepada peminat yang telah menunggu konsert ini. Sebagai sebuah agensi, kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan artis kami dapat membuat promosi dalam keadaan sihat.

Bagi mereka yang ingin membatalkan tiket mereka berikutan berita ini, sila hubungi pusat khidmat pelanggan konsert Yes24 dan bayaran balik 100 peratus akan diberikan tanpa bayaran tambahan. Anda boleh menyemak maklumat ini dengan lebih terperinci di laman web tempat tiket diperoleh.

Kami berterima kasih atas penantian dan sokongan untuk TWICE 4TH WORLD TOUR ‘III’ dan memohon maaf sekali lagi atas berita ini.

TWICE dijadualkan untuk mengadakan konsert tiga hari di Seoul untuk memulakan jelajah dunia mereka yang akan datang, tetapi tarikh 24 Disember itu baru-baru ini dibatalkan kerana garis panduan penjarakan sosial yang lebih ketat.

twice jeongyeon

Semoga cepat sihat kembali Jeong-yeon.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...