Ikuti Kami:

Setelah 5 Bulan, Filem ‘Harbin’ Dibintangi Hyunbin & Lee Dongwook Selesai Penggambaran

Setelah 5 Bulan, Filem ‘Harbin’ Dibintangi Hyunbin & Lee Dongwook Selesai Penggambaran

Nampaknya, semua pelakon sudah pun selesai menjalani penggambaran untuk filem “Harbin”!

Bagi yang belum tahu, “Harbin” ialah filem arahan Woo Min-ho, yang berlatarkan Harbin pada awal 1900-an. Ia merupakan karya agung tindakan pengintip yang mengisahkan pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan nyawa untuk menuntut semula tanah air mereka.

Baru-baru ini, pelakon filem itu iaitu Hyunbin, Lee Dong-wook, Jeon Yeo-been, Park Jung-min dan ramai lagi dilihat telah menghadiri majlis penutup buat semua yang terlibat untuk filem “Harbin”, menandakan bahawa penggambaran projek berkenaan telah pun tamat.

https://twitter.com/eonchany/status/1643173797674246144?s=20

Untuk pengetahuan, penggambaran filem ini bermula pada 20 November 2022, di lokasi termasuk Korea Selatan, Latvia dan Mongolia.

Dalam pada itu, “Harbin” dijangka bakal menemui penonton pada tahun ini.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...