Ikuti Kami:

Berlatarkan 1990-an, Lee Dongwook Sertai Hyun Bin & Jeon Yeobeen Dalam Filem ‘Harbin’

Berlatarkan 1990-an, Lee Dongwook Sertai Hyun Bin & Jeon Yeobeen Dalam Filem ‘Harbin’

Nampaknya, ada ramai bintang hebat yang akan membintangi filem “Harbin”!

Untuk pengetahuan, “Harbin” ialah filem arahan Woo Min-ho, yang berlatarkan Harbin pada awal 1900-an. Ia merupakan karya agung tindakan pengintip yang mengisahkan pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan nyawa untuk menuntut semula tanah air mereka.

Sebelum ini, Hyun Bin, Park Jung-min, Jeon Yeo-been dan Jo Woo-jin telah diumumkan sebagai barisan pelakon untuk filem “Harbin”.

Terbaru, Lee Dong-wook juga turut dilaporkan akan membintangi filem yang sama. Berikutan itu, agensinya mengesahkannya,

Lee Dong-wook akan muncul dalam filem ‘Harbin’. Namun, sukar untuk memberitahu anda tentang butiran wataknya setakat ini.

lee dongwook

Sementara itu, Lee Dong-wook akan menyertai penggambaran “Harbin” sebaik sahaja selesai penggambaran drama “Tale of the Nine Tailed 1938”.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...