Utama Filem Korea Jeon Yeobeen Sah Sertai Hyun Bin Dalam Filem Aksi ‘Harbin’

Jeon Yeobeen Sah Sertai Hyun Bin Dalam Filem Aksi ‘Harbin’

filem harbin

Siap sedia semua untuk drama aksi terbaru berjudul “Harbin”!

Untuk pengetahuan, “Harbin” ialah filem arahan Woo Min-ho, yang berlatarkan Harbin pada awal 1900-an. Ia merupakan karya agung tindakan pengintip yang mengisahkan pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menuntut semula tanah air mereka.

Antara pelakon hebat yang akan membintangi filem ini ialah Hyun Bin, Park Jung-min, Jeon Yeo-been dan Jo Woo-jin.

Khususnya dalam filem ini, Hyun Bin akan mempersembahkan babak aksi yang kompleks dengan emosi yang pelbagai, menambah keterujaan penonton.

filem harbin

Sementara itu, watak yang akan dibawa oleh Park Jung-min, Jeon Yeo-been dan Jo Woo-jin masih belum didedahkan. Bagaimanapun, jangkaan tinggi untuk melihat keserasian kesemua pelakon hebat ini dalam sebuah naskhah.

Dalam pada itu, “Harbin” dilapor sudah pun memulakan penggambaran pada awal November dan dijangka akan tamat pada Mac 2023.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYTN
Loading...