Utama K-Pop Setelah 3 Tahun, Chen EXO Umum Comeback Solo Dengan Album Mini

Setelah 3 Tahun, Chen EXO Umum Comeback Solo Dengan Album Mini

exo chen

Selepas Xiumin, Chen adalah ahli EXO yang seterusnya akan mengeluarkan lagu baru!

Pada 11 Oktober, Chen mengumumkan kemunculan semula solonya pada hujung bulan ini, dengan teaser pertama telah dikongsi.

Siap sedia semua, kerana Chen akan kembali menemui peminat dengan album mini ke-3 berjudul “Last Scene”, bakal dilancarkan pada 31 Oktober ini!

Untuk pengetahuan, “Last Scene” ialah album solo pertama Chen dalam tempoh lebih tiga tahun, dan keluaran muzik pertamanya selepas menamatkan khidmat tentera pada April lalu.

Sama-sama kita nantikan keluaran album Chen “Last Scene” pada 31 Oktober ini jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...