Fuh, makin ramai penyanyi Korea yang akan membuat persembahan di Malaysia pada tahun ini!
Terbaru, Grand Wave Malaysia telah mengumumkan Festival Muzik K-Pop Terbesar 2022 yang bakal diadakan di Sunway Lagoon Surf Beach, pada 19 November ini.
Apa yang menarik perhatian, barisan artis yang akan tampil membuat persembahan di situ adalah Hyo-yeon SNSD, Chen EXO, B.I, Young-jae GOT7, Park Bom 2NE1, DJ Soda dan Shaun. Bukan biasa-biasa tau!
https://twitter.com/MyKpopHuntress/status/1579059455496376321
Nampaknya, semua peminat K-Pop di luar sana sudah boleh bersedia untuk kumpul duit dari sekarang kerana jualan tiket untuk Grand Wave Festival Muzik K-Pop ini akan dibuka tak lama lagi.
Nantikan segala informasi dan maklumat lanjut di SINI!