Nampaknya, akan ada seorang lagi selebriti Korea yang akan melawat Malaysia pada tahun ini!
Terbaru, pelakon yang popular dengan drama “Alchemy of Souls” dan “Extraordinary You” iaitu Lee Jae-wook, telah diumumkan akan membuat penampilan istimewa di acara ‘Korea Fest 2022’, yang dibawakan khas oleh Korea Tourism Organization Malaysia.
Untuk pengetahuan, ‘Korea Fest 2022’ bakal diadakan di 1 Utama Shopping Centre, Malaysia, pada 4 hingga 6 November ini.
https://twitter.com/theseoulstory/status/1578231921314009089?s=20&t=cx1zSgz3z489az76p8_Q7Q
Bagaimanapun, masih belum diumumkan lagi pada tarikh manakah pelakon berkenaan akan tampil membuat penampilan istimewa.
Kalau anda ingin berpeluang untuk berjumpa dengan Lee Jae-wook, jangan lupa nantikan segala informasi dan maklumat lanjut di SINI!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.