Utama Celebrity News Selepas ‘Good Vibes Weekender’, Jackson GOT7 Umum Konsert Jelajah Dunia Di Malaysia...

Selepas ‘Good Vibes Weekender’, Jackson GOT7 Umum Konsert Jelajah Dunia Di Malaysia Disember Ini

jackson wang world tour

Nampaknya, Jackson GOT7 akan sekali lagi berjumpa dengan peminat di Malaysia pada tahun ini!

Beruntung peminat di Malaysia, kerana Jackson GOT7 atau juga dikenali sebagai Jackson Wang, telah mengumumkan konsert jelajah dunia ‘Magic Man World Tour 2022-2023’, yang akan bermula pada November ini di Bangkok.

Umum pasti mengetahui bahawa Jackson baru sahaja selesai membuat persembahan di acara ‘Good Vibes Weekender’ yang berlangsung pada minggu lepas di Sunway Lagoon.

Kini, penyanyi itu akan kembali menemui peminat di Malaysia di konsert solonya, yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 Disember ini.

https://twitter.com/teamwangofcl/status/1575002666593226752

Segala maklumat lanjut mengenai lokasi konsert dan tarikh tiket dijual belum lagi dikeluarkan, namun peminat boleh siap sedia untuk kumpul duit dari sekarang!

Nantikan segala informasi lanjut tentang konsert jelajah dunia Jackson Wang ‘Magic Man World Tour 2022-2023’ di SINI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...