Ikuti Kami:

Setelah 2 Bulan, Park Seojoon Pulang Ke Korea Selepas Penggambaran ‘The Marvels’

Setelah 2 Bulan, Park Seojoon Pulang Ke Korea Selepas Penggambaran ‘The Marvels’

Pelakon Park Seo-joon telah pulang ke Korea selepas penggambaran filem “The Marvels”.

Menurut laporan pada 2 November, Park Seo-joon tiba di lapangan terbang antarabangsa Incheon pada sebelah petang selepas penggambaran filem “The Marvels” di England selama 2 bulan.

Pada masa pemergiannya, agensi pelakon tersebut Awesome Ent menyatakan,

Terima kasih atas minat dan sokongan anda terhadap cabaran baharu Park Seo-joon. Saya tahu ramai yang ingin tahu tentang nama karya, watak, lokasi penggambaran, dan tempoh penggambaran, tetapi maklumat terperinci tentang filem itu akan diumumkan kemudian. Tolong beri semangat untuk Park Seo-joon, supaya dia boleh pulang dengan selamat.

Agensinya tidak secara rasmi mengumumkan filem itu sebagai “The Marvels” di dalam kenyataan berikut, namun, pelakon itu sebelum ini dilihat di negara itu, dan agensi itu juga mengesahkan ia adalah filem Marvel Universe.

park seojoon the marvels Walaupun penggambaran belum tamat, dilaporkan Park Seo-joon pulang sementara ke Korea untuk memenuhi jadual domestiknya.

Tak sabar nak tengok Park Seo-joon dalam filem Marvel!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...