Ikuti Kami:

Park Seojoon Dilapor Bakal Sertai Filem ‘The Marvels’ Bersama Brie Larson?

Park Seojoon Dilapor Bakal Sertai Filem ‘The Marvels’ Bersama Brie Larson?

Makin antarabangsa nampaknya Park Seo-jun!

Dalam ketenangan pagi ini, terdapat perkhabaran mengatakan bahawa pelakon lelaki itu akan menyertai siri ‘Marvel Cinematic Universe’ terbaru.

Menurut sumber, Park Seo-joon akan membintangi “The Marvels”, sekuel kepada “Captain Marvel”. Khabarnya, dia akan terbang ke Amerika Syarikat untuk menyertai penggambaran filem tersebut pada separuh kedua tahun ini, selepas menghabiskan penggambaran filem “Concrete Utopia” yang sedang dikerjakannya kini.

Selepas laporan ini tular, agensi Park Seo-joon memberikan kenyataan rasmi mereka,

No komen.

park seojoon the marvels

Untuk pengetahuan anda, antara pelakon Hollywood yang sudah disahkan bakal menyertai filem tersebut ialah Brie Larson, Teyonah Parris, Iman Vellani dan ianya akan diarahkan oleh Nia DaCosta.

Jika khabar angin ini benar-benar berlaku, Park Seo-joon akan menjadi pelakon Korea kedua menyertai filem ‘Marvel’ selepas Ma Dong-seok melakukan kemunculan dalam “Eternals”.

Menurut laporan, “The Marvels” akan dirliskan pada 11 November 2022 di Amerika Syarikat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...