Ikuti Kami:

Setelah 10 bulan, ITZY Kembali Temui Peminat Dengan Lagu Baru ‘SNEAKERS’

Setelah 10 bulan, ITZY Kembali Temui Peminat Dengan Lagu Baru ‘SNEAKERS’

Akhirnya, ITZY kembali menemui peminat dengan lagu baharu!

Pad 15 Julai, ITZY telah membuat kemunculan semula dengan mini album “CHECKMATE” bersama judul lagu “SNEAKERS”. Bukti populariti kumpulan, album baharu itu berjaya mengumpul lebih 700,000 stok pra-pesanan, yang merupakan rekod peribadi baharu bagi kumpulan tersebut. Fuh banyak tu!

Pada temu bual yang dilakukan bersama ahli, ketua kumpulan Ye-ji berkongsi perasaannya tentang penampilan kumpulan setelah 10 bulan,

Sudah kira-kira 10 bulan sejak album penuh pertama ‘CRAZY IN LOVE’ dikeluarkan pada September tahun lalu, dan ia merupakan kemunculan semula pertama pada tahun 2022, jadi saya sangat teruja dan menantikannya.

itzy sneakers

Kemudian, Ye-ji turut memperkenalkan lagu tajuk “SNEAKERS” dengan berkata,

Lagu baharu ‘SNEAKERS’ ialah lagu dengan mesej berlari lebih jauh bersama-sama ke saat anda berasa paling bebas, memakai kasut yang membuatkan anda berasa baik. Kami membandingkan semangat bebas dengan kasut, tetapi kami berharap mereka yang mendengar lagu itu akan mencari kasut mereka sendiri yang membuatkan mereka berasa bebas.

Selain itu, ITZY juga akan memulakan jelajah dunia pertama mereka yang telah lama ditunggu-tunggu, bermula dengan konsert di Seoul pada 6 dan 7 Ogos ini. Ryu-jin meluahkan rasa terujanya dengan berkata,

Saya teruja untuk jelajah dunia pertama kami yang telah lama ditunggu-tunggu, tetapi saya gementar pada masa yang sama. Kami sedang menyediakan persembahan yang akan digemari oleh MIDZY (nama kelab peminat). Saya mahu mempersembahkan persembahan kami kepada peminat secepat mungkin dan menikmatinya bersama. Jumpa anda di dewan konsert!

Jom dengar lagu baru ITZY di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...