Wah! Nampaknya, ITZY akan berkolaborasi bersama penyanyi popular, Bebe Rexha.
Artikel Berkaitan
Pada 28 Jun, Bebe Rexha telah memuat naik satu video tweet coretan kerjasamanya dengan ITZY. Penyanyi itu turut menulis kapsyen,
Akan datang #ItzyXBebe #BreakMyHeartMyself.
Bebe Rexha pada asalnya mengeluarkan “Break My Heart Myself” (menampilkan Travis Barker) pada 7 Mei 2021 bersama-sama dengan album studio keduanya “Better Mistakes”. Kini, ITZY akan menyertai Bebe Rexha untuk versi baharu lagu itu.
https://t.co/77SGUDBDX6 pic.twitter.com/4mhpUBLZjQ
— Bebe Rexha (@BebeRexha) June 27, 2022
Selain itu, pada awal bulan ini, Ye-ji dan Ryu-jin ITZY telah melancarkan video tarian cover lagu “Break My Heart Myself” menerusi Studio Choom dan mendapat perhatian dari penyanyi asal lagu itu.
Sama-sama kita nantikan lagu “Break My Heart Myself” versi Bebe Rexha bersama ITZY!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




