Ikuti Kami:

Setahun Selepas Kontroversi, Peminat Perasan Seo Yeji Senyap Dari Biasa Dalam Temubual ‘Eve’

Setahun Selepas Kontroversi, Peminat Perasan Seo Yeji Senyap Dari Biasa Dalam Temubual ‘Eve’

Selepas setahun berlalu, Seo Ye-ji yang mendiamkan diri dek kontroversi mengawal bekas kekasih iaitu Kim Jung-hyun telah pun kembali dengan drama “Eve”.

Sepertinya cuba mengelak daripada ditemuramah media, drama pembalasan dendam itu malahan tidak mengadakan sebarang sidang media untuk tujuan promosi. Pun begitu, kesemua teraju utamanya iaitu Seo Ye-ji, Lee Sang-yeob, Park Byung-eun dan Yoo Sun telah pun menyertai temubual bersama ‘tvNterview’ baru-baru ini.

Meskipun kesemua pelakon dilihat seronok berinteraksi antara satu sama lain, Seo Ye-ji dilihat senyap daripada biasa selain kurang bercakap berbanding yang lain. Malah dia sepertinya lebih selesa memberikan reaksi dari tepi sahaja selain hanya menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Kata mereka, Seo Ye-ji nampak lebih malu dari selalunya dan berharap agar wanita tersebut dapat berkelakuan selesa dan normal. Tak cukup dengan itu, ada yang perasan pelakon tersebut nampaknya seperti ‘kecil’ berbanding pelakon yang lain.

sbs why her?

Semoga Seo Ye-ji kembali ceria selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...