“Dia Pentingkan Kesempurnaan” – Tarian Ghairah Dalam ‘Eve’ Jadi Perhatian, Penari Tango Puji Seo Yeji
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Walaupun terpalit kontroversi tahun lalu, namun ia tidak mematahkan semangat Seo Ye-ji untuk kembali berlakon.
Rata-rata penonton sepertinya berpuas hati dengan kualiti lakonan yang ditonjolkan oleh wanita itu sebagai Lee Ra-el, seorang pewaris kaya yang dalam misi membalas dendam atas kematian ayahnya.
Antara babak yang mendapat perhatian ramai ialah sesi tarian tango yang menggiurkan antara pelakon wanita itu bersama seorang penari dan pereka tari tango dari Argentina iaitu Gustavo Álvarez.
아름다운 학부모 VS 치명적 탱고 댄서!
서예지의 화려한 복수극이 시작된다!고품격 격정멜로 복수극
<이브> 6/1 [수] 밤 10:30 tvN 첫 방송#tvN #이브 #eve#서예지 #박병은 #유선 #이상엽 #스트리밍은TVING pic.twitter.com/XuDnjmLb9g— tvN drama (@CJnDrama) May 26, 2022
Sepertinya lelaki tersebut tiada apa-apa yang mampu diluahkan melainkan kekaguman terhadap inisiatif Seo Ye-ji dalam mempelajari tarian itu. Jelasnya dalam satu temubual, pelakon tersebut mempelajari kesemua pergerakan dan menghafalnya sebelum hadir ke set,
Dia seorang yang pentingkan kesempurnaan. Seorang yang mahukan semuanya berjalan lancar.

Malah Seo Ye-ji juga memaparkan ekspresi yang asyik sehingga membantu Álvarez untuk turut menyampaikan kesungguhan yang sama.
Wanita ini sangat profesional, saya terkejut. Dalam bahagian dunia yang lain, orang hanya akan mempelajari koreografi asas. Hanya rakaman pendek bahagia dada ke atas kerana awak bukan seorang penari. Dia mempelajari keseluruhan tarian itu dan ia bukannya mudah untuk seseorang yang bukan penari. Ianya tak mudah kerana dia perlu diangkat, ada helah dan perlukan keseimbangan.
Hebat kan Seo Ye-ji?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




