Ikuti Kami:

Setahun Selepas Kontroversi Buli, AOA Kemas Kini Instagram Rasmi Buat Pertama Kali

Setahun Selepas Kontroversi Buli, AOA Kemas Kini Instagram Rasmi Buat Pertama Kali

Umum mengetahui bahawa kumpulan AOA terpalit dengan kontroversi buli pada tahun lalu selepas pendedahan bekas ahlinya iaitu Kwon Mi-na.

Walaubagaimanapun, kesemua ahli lain dilihat sudah kembali meneruskan aktiviti seni mereka melainkan Ji-min yang memilih untuk menjauhkan diri dari perhatian ramai selepas mengundurkan diri dari kumpulan itu. Termasuklah Yuna yang memilih untuk tidak menyambung kontrak dengan FNC Entertainment.

Terbaru, akaun rasmi Instagram AOA dilihat telah memuat naik entri buat pertama kali selepas lebih setahun tidak aktif.

seolhyun aoa

Mereka memuat naik InstaStory bagi mengucapkan selamat hari jadi buat Seol-hyun.

Untuk pengetahuan, entri terakhir akaun tersebut ialah pada Januari 2020 di mana mereka memuat naik video latihan tarian untuk lagu “Sorry”.

Adakah AOA akan kembali aktif?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...