Ikuti Kami:

Setahun Menanti, Ini Sebab Park Eunbin Tolak Tawaran ‘Extraordinary Attorney Woo’ Awalnya

Setahun Menanti, Ini Sebab Park Eunbin Tolak Tawaran ‘Extraordinary Attorney Woo’ Awalnya

Meskipun sudah lama dalam bidang lakonan namun bakat Park Eun-bin menusuk hati ramai menerusi drama “Extraordinary Attorney Woo” yang sedang bersiaran kini.

Dipuji kerana lakonan yang menyentuh hati sebagai peguam dalam spektrum autisme, khabarnya pelakon itu menolak tawaran siri berkenaan pada awalnya. Ianya didedahkan oleh Park Eun-bin sendiri menerusi sebuah temubual eksklusif baru-baru ini.

Jelasnya, dia menerima tawaran “Extraordinary Attorney Woo” dan “The King’s Affection” pada masa yang sama,

Saya tahu ia adalah sebuah cerita yang bagus namun saya tidak yakin dapat menghidupkannya dengan baik pada waktu itu. Ia merupakan sebuah naskhah yang membuatkan saya berasa tamat dan terbeban dalam masa yang sama. Saya takut dan terfikir sama ada dapat melakonkannya tanpa melukakan hati sesiapa.

park eunbin extraordinary attorney woo

Disebabkan itu, Park Eun-bin beberapa kali menolak tawaran pihak produksi “Extraordinary Attorney Woo” dan meneruskan penggambaran drama “The King’s Affection”.

Walau bagaimanapun, penulis skrip Moon Ji-won dan pengarah Yoo In-sik tidak berundur dan menanti hampir setahun sehingga Park Eun-bin selesai menjalani penggambaran “The King’s Affection” untuk menawarkan kembali watak tersebut. Akhirnya, wanita tersebut bersetuju untuk menyertai “Extraordinary Attorney Woo”.

Jelasnya lagi,

Agak sukar untuk saya membawa watak itu namun sampai satu ketika, saya menemui klu dan ianya berjalan lancar bermula dari situ. Pada waktu itu juga, saya merasakan jangkaan pengarah dan penulis pada saya. Saya juga percayakan diri sendiri. Naskhah ini mengingatkan saya mengenai pendirian diri dan ianya memberikan kekuatan untuk menghadapi apa yang ditakuti saya.

park eunbin extraordinary attorney woo

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Tiada siapa boleh bawa watak ini melainkan Park Eun-bin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...