Ikuti Kami:

Setahun Ditangguh, Pihak ‘Dear.M’ Jawab Laporan Tidak Akan Tayang Tahun Ini

Setahun Ditangguh, Pihak ‘Dear.M’ Jawab Laporan Tidak Akan Tayang Tahun Ini

Nampaknya masih belum ada kepastian mengenai tayangan “Dear.M” pada tahun ini.

Menurut laporan media, khabarnya “Dear.M” gagal mendapat slot tayangan untuk separuh pertama 2022 dan masih belum ada tempat untuk separuh kedua tahun ini.

Selepas berita itu berterbangan, wakil drama berkenaan memberikan respon dan mengatakan bahawa mereka sedang ‘mengesahkan’ mengenai kegagalan penjadualan 2022.

Untuk pengetahuan, “Dear.M” sepatutnya menemui penonton pada 26 Februari 2021 namun digantikan oleh “The Imitation”. Namun, ia terpaksa membatalkan siaran selepas pelakon utama, Park Hye-soo terpalit dengan dakwaan buli di sekolah.

kbs dear.m

Walaupun pihak pelakon itu menafikan dakwaan tersebut sekerasnya namun beberapa individu menekankan mengenai pendedahan mereka. Disebabkan itu, KBS memilih untuk menangguhkan tayangan sementara kes ini masih di dalam siasatan polis.

“Dear.M” membawa kisah pencarian sekitar kampus mengenai seorang individu misteri bernama ‘M’ yang disebut dalam sebuah entri tidak bernama di laman komuniti Universiti Seoyeon. Drama romantik realistik ini akan menyaksikan perubahan hubungan dan kisah cinta yang mula berputik di antara pelbagai watak selepas disedarkan oleh ‘M’.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...