Ikuti Kami:

Lagi Dua Hari Tayangan, Drama Remaja ‘Dear. M’ Tunda Episod Pertama Dek Kes Buli Park Hyesu?

Lagi Dua Hari Tayangan, Drama Remaja ‘Dear. M’ Tunda Episod Pertama Dek Kes Buli Park Hyesu?

Kebelakangan ini, banyak betul kes buli yang terpali pada beberapa idola dan juga pelakon popular Korea. Antara yang mendapat liputan hangat media ialah Park Hye-su.

Kisah ini bermula apabila ‘A’ mendedahkan di laman komuniti mengatakan bahawa dia dibuli oleh seorang pelakon wanita yang mempunyain imej baik kini.

Dia melempar bekal makanan yang disediakan ibu saya daripada bangunan tingkat 10, menghina, meragut rambut, dan mengheret saya ke meja guru sebelum memotong rambut saya sehingga dijadikan bahan ketawa satu sekolah. Bahkan dia meletak bahan perasa daripada rumpai laut ke dalam mulut, dan memaksa saya menelannya.

park hyesu buli

Kemudian individu ‘B’ pula tampil menceritakan kisah mereka.

Saya juga tidak dengar cakap cikgu dan turut memberontak. Tapi tidak sampai mendera ataupun memukul rakan sendiri sepertinya. Walaupun kami rapat, dia sering mencipta masalah di antara rakan-rakan sampai menyebabkan ada yang ditindas. Dia menggunakan alasan bahawa dia lebih tua untuk memporak-perandakan sekolah.

Seorang rakan sekelas lain iaitu ‘C’ turut berkongsi cerita daripada pihaknya,

Kisah awak membuli ketika di sekolah akhirnya terbongkar juga. Jangan hanya pandai memadam artikel dan komen. Awak patut minta maaf, dan jangan muncul lagi di kaca televisyen. Saya juga mahu menulis apa yang lakukan, tapi saya takut memikirkan apa yang awak lakukan pada penulis asal sebelum ini. Semuanya, dia memang seorang kaki buli.

kbs dear. m

Meskipun agensi Park Hye-su menangkis khabar angin tersebut tapi nampaknya mangsa kekal utuh dan tidak menarik kembali kenyataannya.

Disebabkan oleh itu, pelakon itu yang dijadualkan bakal muncul dalam drama “Dear.M” kini mengalami pelbagai pembatalan jadual seni dan promosi seperti ‘Gayo Plaza’ dan ‘Yoo Hee-yeol’s Sketchbook’.

tayangan perdana dear.m tangguh

Terbaru, tayangan perdana “Dear.M” yang sepatutnya ditayangkan pada 26 Februari nampaknya mungkin ditunda. Ini kerana jadual siaran pada hari tersebut nampaknya sudah diubah oleh KBS.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjutan daripada insiden ini.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...