Ikuti Kami:

Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan, Ini Kebaikan Kentang Manis Jadi Diet Harian Orang Korea

Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan, Ini Kebaikan Kentang Manis Jadi Diet Harian Orang Korea

Korang tahu tak makan kentang manis boleh turunkan berat badan?

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan khasiat kentang manis yang telah dipratikkan oleh ramai orang Korea untuk diet harian.

Diet orang Korea

Bukan sesuatu yang luar biasa di Korea untuk melihat semua orang termasuk kanak-kanak menikmati kentang manis panggang. Ia adalah makanan yang sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam menu diet harian. Di Korea ia dikenali sebagai diet kentang manis yang dicampur bersama makanan lain.

Kentang manis ini penuh dengan nutrien, vitamin dan manfaat kesihatan lain yang cukup untuk beri khasiat kepada badan manusia. Ia juga membantu membuatkan korang kenyang lebih lama dan membantu untuk menurunkan berat badan.

Selebriti cantik jelita Korea Selatan, IU, juga pernah berkongsi petua untuk turunkan berat badan dan menyatakan bahawa kentang manis sangat bagus untuk diet harian.

khasiat sweet potato

Makanan lain yang kebiasannya dicampur dalam diet ubi manis ini ialah dada ayam dan pilihan makanan rendah lemak yang lain. Diet ini biasanya akan menunjukkan kesan dalam tempoh 7 hari. Diet pemakanan kentang manis ini juga cukup popular dalam kalangan idola K-Pop.

Walaupun ianya seperti salah satu diet yang lebih mudah untuk diikuti tetapi, ia masih sukar untuk terus kekal konsisten sehingga mendapat kesan. Hal ini kerana, korang akan rasa cepat bosan makan makanan yang sama pada setiap hari. Tetapi mengikut pakar kesihatan, korang boleh sahaja cheat satu hari untuk makan apa sahaja yang diinginkan.

Khasiat kentang

khasiat sweet potato

Kentang manis ini kaya dengan vitamin dan mineral penting termasuk B6, B2, magnesium, fosforus, dan kalium. Kesemua zat ini boleh membantu untuk pembaikan otot, pengukuhan tulang, dan pembinaan sistem imun yang sihat. Selain itu, kemanisan semulajadi kentang ini akan membendung keinginan pengambilan gula dalam badan.

Kentang manis Korea dianggap sebagai karbohidrat rendah glisemik dan dengan itu ia akan membuatkan korang kenyang lebih lama. Tambahan, komponen utama dalam kentang manis ini memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Nanti nak cubalah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...