Ikuti Kami:

Nak Badan Cantik & Sihat? Seohyun SNSD Kongsi Rutin Diet Harian Tanpa Perlu Berlapar

Nak Badan Cantik & Sihat? Seohyun SNSD Kongsi Rutin Diet Harian Tanpa Perlu Berlapar

Setiap wanita pastinya mengimpikan badan seperti ahli termuda Girls’ Generation iaitu Seohyun.

Sebelum ini dalam program “The Manager”, Seohyun berkongsi rutin pemakanannya, bagi mendapatkan badan yang cantik dan kekal sihat pada masa yang sama.

Pada awalnya, wanita itu mendedahkan bahawa dia hanya akan minum susu soya untuk sarapan pagi.

Kemudian, Seohyun juga memberitahu bahawa dia tidak memakan makanan yang pedas, manis dan masin. Dia berkata,

Apabila saya rasa ingin menyenangkan diri sendiri, saya akan makan rosé tteokbokki sahaja.

seohyun snsd

Untuk tengahari, dia makan apa sahaja yang dia mahu dan akan melimitkan untuk menikmati hanya sekali satu hidangan besar pada setiap hari.

Tambahan, pelakon “Song of the Bandits” itu juga akan mendapatkan nutrien dari pelbagai jenis makanan dan tidak mengehadkan dirinya kepada hanya satu makanan.

Selepas mendengar perkongsian idola dan pelakon itu, pengacara secara berseloroh berkata,

Oh. Awak pastinya akan hidup sehingga 120 tahun.

Siapa nak badan cantik macam Seohyun, boleh ikut cara ni juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...