Ikuti Kami:

“Sesuai Jadi Ahli Tetap” – Peminat Akui Joo Woojae Ada Keserasian Terbaik Dengan Ahli ‘Running Man’

“Sesuai Jadi Ahli Tetap” – Peminat Akui Joo Woojae Ada Keserasian Terbaik Dengan Ahli ‘Running Man’

Peminat “Running Man” pastinya tidak dapat menafikan bahawa Joo Woo-jae merupakan antara selebriti yang mempunyai keserasian terbaik bersama ahli program itu.

Pertama kali membuat kemunculan dalam program SBS itu pada 16 Januari, model tersebut menunjukkan personaliti yang unik sehingga membuatkan penonton tergelak memlihat sisi cemerkapnya.

joo woojae running man

Walaupun lemah namun Joo Woo-jae tetap berani untuk melawan Kim Jong-kook, memang lawak lihat usahanya untuk mengalahkan lelaki berbadan sasa itu.

Terbukti disayangi pihak produksi “Running Man”, model yang juga pelakon itu turut dijemput sebagai tetamu istimewa dalam episod ‘Tazza 3’ semasa Song Ji-hyo dan Jun So-min tidak dapat hadir ke rakaman kerana masalah peribadi. Walaupun diusik tanpa henti tetapi Joo Woo-jae berjaya membalas setiap ‘serangan’ ahli “Running Man” dengan baik.

joo woojae running man

Malah penonton juga meninggalkan komen memberangsangkan setiap kali dia menjadi tetamu,

Dia menyeronokkan.

 

Saya rasa okay juga kalau dia jadi ahli tetap.

 

Kalau dia muncul sebanyak ini dalam tempoh masa yang pendek, dia dikira ahli tetap sekarang.

Dek sering diusik dan ‘lawan dan balas’ antara dirinya dan ahli “Running Man” selain fizikal yang tinggi lampai membuatkan ramai yang teringatkan Lee Kwang-soo, ahli kegemaran ramai satu ketika dahulu.

joo woojae running man

Joo Woo-jae memang best kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...