J-Hope BTS akan membuat persembahan solo lagi sekali?
Terbaru, satu stesen television terkenal, American New Year’s Eve, mengumumkan bahawa J-Hope bakal membuat persembahan secara solo di Times Square, bersempena dengan “Dick Clark’s New Year’s Rockin Eve”. Sebelum ini, kumpulan TXT juga disahkan bakal membuat persembahan untuk sambutan tahun baru tersebut, walaupun persembahan mereka akan dirakamkan di Disneyland dan bukan di Times Square.
Walaupun, tahun 2022 ini adalah tahun pertama bagi J-Hope untuk membuat persembahan solo, namun sambutan “Dick Clark’s New Year’s Rockin Eve” ini adalah sambutan yang tidak asing lagi buat BTS, kerana mereka pernah membuat persembahan secara berkumpulan di sambutan yang sama pada 2017 dan 2019. Menurut majalah People Magazine, J-Hope bakal membuat persembahan dengan lagu medley “= (Equal Sign)”, “Chicken Soup” dan juga “Butter (Holiday Remix)”.
https://twitter.com/bts_bighit/status/1603510219123859456
Bestnya! Makin banyak J-Hope perform solo tahun ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.