Ikuti Kami:

“Saya Sayang ARMY” – J-Hope Hubungi Jin Kongsi Ucapan Sempena Kejayaan BTS Di 2022 MAMA Awards

“Saya Sayang ARMY” – J-Hope Hubungi Jin Kongsi Ucapan Sempena Kejayaan BTS Di 2022 MAMA Awards

Tak lama dah kan Jin BTS dah nak mula khidmat tenteranya?

Baru-baru ini, pada hari kedua “2022 MAMA AWARDS”, J-Hope tampil menjadi wakil untuk menerima hadiah buat BTS.

Kumpulan itu berjaya meraih anugerah “MAMA Platinum Award” dek kerana mereka turut berjaya merangkul anugerah lain seperti “Yogibo Artist Of The Year”, “Yogibo Album Of The Year”, “Yogibo Worldwide Icon Of The Year” serta anugerah “Top 10 Worldwide’s Fan Choice”.

https://twitter.com/MnetMAMA/status/1598032681446825986

J-Hope yang tampil sebagai wakil, naik ke pentas untuk memberi ucapan. Namun, paling mengujakan peminat adalah apabila dia menghubungi Jin BTS untuk turut menyampaikan ucapan melalui panggilan.

Jin berkata,

Saya sangat bersyukur kami dapat meraih anugerah hebat ini. Kepada ARMY! Saya nak tunjukkan rasa sayang dan syukur saya buat kalian semua. Saya dan ahli yang lain akan kerja dengan lebih kuat lagi! Sayang semua!

Cuaca sekarang juga sudah mulai sejuk jadi jaga diri semua!

Aww! Mesti ARMY gembira dapat ucapan sebegitu. Jin juga dikhabarkan akan memulakan khidmat ketenteraannya pada 13 Disember ini.

Semoga berjaya Jin dan tahniah buat BTS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...