Bukan sahaja berbakat dalam lakonan malahan Park Bo-gum juga mempunyai kebolehan untuk menyanyi.
BACA: Sertai Taeyang BIGBANG, Park Bogum Pelakon Pertama Masuk Agensi The Black Label
Bagi yang belum tahu, Park Bo-gum secara rasmi telah menandatangani kontrak dengan agensi baru iaitu The Black Label.
Disebabkan The Black Label ialah agensi yang menempatkan ramai pemuzik seperti Jeon So-mi Dan Taeyang BIGBANG, ramai yang menjangka bahawa Park Bo-gum juga berkemungkinan akan mula membuat promosi sebagai penyanyi selepas ini.
Sebagai respon, The Black Label mengeluarkan kenyataan,
Memandangkan ini adalah permulaan kontrak, kami belum lagi membincangkan hala taju untuk promosinya.
Untuk pengetahuan, Park Bo-gum telah menunjukkan bakatnya dalam nyanyian menerusi album solo “blue bird”, EP “All My Love”, runut bunyi drama dan lagu pembuatan semula.
Wah, Park Bo-gum nak fokus jadi penyanyi pula ke tu?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉