Ikuti Kami:

Sertai Taeyang BIGBANG, Park Bogum Pelakon Pertama Masuk Agensi The Black Label

Sertai Taeyang BIGBANG, Park Bogum Pelakon Pertama Masuk Agensi The Black Label

Nampaknya, Park Bo-gum sudah pun menandatangani kontrak dengan agensi baru!

Terbaru pada 30 Januari, The Black Label telah mengumumkan bahawa Park Bo-gum telah menyertai agensi mereka.

Kami telah menandatangani kontrak pengurusan dengan Park Bo-gum, yang merupakan salah seorang pelakon terkemuka Korea Selatan dan yang telah menerima kasih sayang serta kepercayaan orang ramai.

Tambah agensi lagi,

Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Park Bo-gum, yang pengaruh globalnya melangkaui Korea. Memandangkan pelakon itu mempunyai pelbagai daya tarikan dan bakat, kami akan memaksimumkan kekuatan dan pengetahuan The Black Label supaya dia dapat mendalami daya tarikannya dalam pelbagai bidang, termasuk sebagai pelakon. Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Park Bo-gum di seluruh dunia.

park bogum the black label

Dalam pada itu, The Black Label juga merupakan agensi kepada Taeyang BIGBANG, Jeon So-mi dan Zion.T. Kini, syarikat berkenaan sedang dalam proses berkembang menjadi pengurusan pelakon juga.

Selamat maju jaya Park Bo-gum!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...