Yay, akhirnya! Kim Jae-young bakal tampil dalam drama terbaru komedi romantik!
Korang mesti dah tahu tentang drama “Love In Contract” yang dibintangi oleh Park Min-young dan Go Kyung-po, kan? Drama komedi romantik ini mengisahkan mengenai Choi Sang-eun, lakonan Park Min-young yang merupakan ‘isteri palsu’ kepada seorang klien Jung Ji-ho lakonan Go Kyung-po, dalam jangka masa yang agak lama dan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
Penampilan Kim Jae-young dalam drama ini sebenarnya antara yang berjaya meraih perhatian penonton. Dia yang memegang watak sebagai Kang Hae-jin, merupakan lelaki yang menginginkan khidmat ‘isteri palsu’ Choi Sang-eun pada hari Selasa dan Khamis. Kalau korang nak tahu, ini adalah drama komedi romantik pertama bagi Kim Jae-young. Dia juga berjaya menambat hati penonton dek kerana perkembangan bakat lakonannya yang kian membaik hari demi hari.
Kim Jae-young berkata,
Saya rasa skrip bagi projek kali ini sangat menarik. Lagipun, watak Kang Hae-jin mempunyai aura yang pelbagai. Jadi, saya mahu mencuba watak.
Dia menambah lagi,
Saya cuba membuat pelbagai perubahan bagi watak ini dengan memakai pakaian yang pelbagai warna, lain daripada pakaian saya yang dalam kehidupan sebenar.
Dia menyambung,
Kang Hae-jin nampak seperti seorang yang ceria dan seperti kebudak-budakan dari luar, namun dia seorang yang baik. Dia sentiasa membawa semangat ‘free spirit’ namun apabila dia mendekati Choi Sang-eun, dia turut mengeluarkan aura ketampanannya.
Melihat kepada tahap keserasiannya bersama Park Min-young dan Go Kyung-po, Kim Jae-young berkata,
Keserasian kami sangat baik dan saya sangat gembira sepanjang penggambaran ini. Semua pelakon yang saya berkerjasama pandai menjiwai watak dengan baik, jadi saya banyak belajar daripada mereka juga.
Lebih-lebih lagi apabila watak saya menjadi saingan dengan watak Go Kyung-po. Kedua-dua watak tersebut berjaya dilakonkan dengan baik walaupun mempunyai kesulitan yang dialami iaitu merebut seorang wanita yang sama.
Saya dan Go Kyung-po juga sering berjumpa bersama di luar set penggambaran, jadi hubungan kami sudah mula terbina dengan berkawan.
Mengakhiri perkongsiannya mengenai drama itu, Kim Jae-young berkata,
Drama ini sangat menarik dan ianya satu drama yang boleh membawa nafas baru kepada penonton. Jadi, berikan sokongan okay!
Sama-sama kita tunggu 21 September ini okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.