Ikuti Kami:

Park Minyoung Dilihat Jalani Penggambaran Perkahwinan Bagi Drama ‘MonWedFriTuesThursSat’

Park Minyoung Dilihat Jalani Penggambaran Perkahwinan Bagi Drama ‘MonWedFriTuesThursSat’

Baru-baru ini, netizen mula berteka-teki apabila telah tersebar imej pelakon Park Min-young memakai gaun pengantin dan berjalan di halaman sebuah perkahwinan. Dah kahwin ke?

Imej yang tersebar itu kelihatan sangat meyakinkan, menyebabkan ramai orang meluahkan rasa terkejut mereka, malah ada yang turut mempercayai bahawa pelakon itu berkahwin secara realitinya.

Bagaimanapun, menurut sumber, ini hanyalah adegan untuk babak penggambaran Park Min-young yang akan datang iaitu “MonWedFriTuesThursSat. Park Min-young tampil melakukan penggambaran bersama gandingannya yang turut mendapat perhatian daripada peminat setelah imej itu tersebar.park minyoungWalaupun Park Min-young hanya melangsungkan perkahwinan di skrin, penampilannya sangat menakjubkan daripada imej yang disebarkan baru-baru ini, sehingga ramai orang mula membayangkan situasi sebenar jika pelakon itu mengikat tali pertunangan dengan sebenar-benarnya.

Drama terbaru “MonWedFriTuesThursSat” adalah merupakan kisah mengenai perkhidmatan pembantu yang menyediakan isteri kepada orang bujang yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah. Cerita ini menggambarkan Choi Sang-eun lakonan Park Min-young, ketika dia terjerat dengan Jung Ji-ho lakonan Go Kyung-po, yang mempunyai kontrak eksklusif jangka panjang untuk hari Isnin, Rabu dan Jumaat, dan juga Kang Hae-jin lakonan Kim Jae-young, yang menandatangani kontrak baharu untuk hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Korang terkejut tak? Untuk penggambaran sahaja rupanya. Tapi, kalau betul pun apa salahnya kan?

Nantikan drama terbaru Park Min-young itu nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...