Ikuti Kami:

Sertai Kim Yoojung, Jung Hoyeon Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam Siri Netflix ‘Chicken Nugget’

Sertai Kim Yoojung, Jung Hoyeon Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam Siri Netflix ‘Chicken Nugget’

Selepas “Squid Game”, Jung Ho-yeon sudah pun memilih projek drama Korea lakonannya yang seterusnya.

Terbaru, pelakon yang popular dari drama “Squid Game” itu telah dilaporkan akan membuat penampilan istimewa dalam siri Netflix “Chicken Nugget”, yang turut akan dibintangi Kim Yoo-jung, Ahn Jae-hong dan Ryu Seung-ryong.

Berikutan itu, agensi Jung Ho-yeon mengesahkannya,

Jung Ho-yeon akan membuat penampilan istimewa dalam ‘Chicken Nugget’. Bagaimanapun, kami meminta pemahaman anda bahawa sukar untuk menerangkan secara terperinci tentang watak yang telah dia ambil.

jung hoyeon kim yoojung

Dalam pada itu, “Chicken Nugget” adalah drama komedi thriller adaptasi webtoon, yang mengisahkan tentang seorang lelaki di mana anak perempuannya bertukar menjadi nuget ayam, dan pelatih yang menyukai anak perempuannya.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...