Ikuti Kami:

Kim Yoojung, Ahn Jaehong & Ryu Seungryong Sah Bintangi Siri Netflix ‘Chicken Nugget’

Kim Yoojung, Ahn Jaehong & Ryu Seungryong Sah Bintangi Siri Netflix ‘Chicken Nugget’

Siap sedia semua untuk K-Drama baru di Netflix!

Pada 30 September, Netflix telah mengesahkan bahawa Ahn Jae-hong dan Ryu Seung-ryong akan muncul dalam drama adaptasi webtoon “Chicken Nugget”, serta Kim Yoo-jung akan tampil membuat penampilan istimewa.

Tambahan, Cha Eun-woo masih dalam perbincangan untuk membintangi drama ini dan masih belum ada keputusan yang diumumkan mengenai tawarannya.

Untuk pengetahuan, “Chicken Nugget” adalah drama komedi thriller adaptasi webtoon, yang mengisahkan tentang seorang lelaki di mana anak perempuannya bertukar menjadi nuget ayam, dan pelatih yang menyukai anak perempuannya.

Dalam siri ini, Kim Yoo-jung akan tampil sebagai kameo dengan watak Min-ah, seorang gadis yang secara tidak sengaja bertukar menjadi nuget ayam, selepas tersalah anggap mesin misteri sebagai mesin yang boleh membantu memulihkan keletihan.

Kemudian, Ryu Seung-ryong akan memegang watak bapa kepada Min-ah iaitu Choi Sun-man, yang akan melakukan apa sahaja untuk mengubah anaknya kembali menjadi manusia. Manakala Ahn Jae-hong akan berperan sebagai pelatih Go Bae-joong, yang mempunyai rasa cinta berat sebelah kepada Min-ah.

Sama-sama kita nantikan tayangan drama “Chicken Nugget” di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...