Ikuti Kami:

Sertai Kim Jaewook & Krystal, Sanha ASTRO Sah Bintangi ‘Crazy Love’

Sertai Kim Jaewook & Krystal, Sanha ASTRO Sah Bintangi ‘Crazy Love’

San-ha ASTRO telah disahkan sebagai barisan pelakon bagi drama akan datang “Crazy Love”!

Drama baru Isnin-Selasa KBS 2TV “Crazy Love”, adalah drama yang membawa kisah seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan, apabila diberitahu dia akan dibunuh dan seorang wanita yang berlakon menjadi tunangnya. Kim Jae-wook akan melakonkan watak Noh Go-jin, seorang pengajar matematik hebat dalam negara dan CEO kepada GO Study. Manakala Krystal pula akan memegang watak Lee Shin-ah, setiausaha lelaki itu yang sentiasa bergerak dibawah perhatian orang lain.

Pada 14 Februari, agensi ASTRO, Fantagio telah mengesahkan bahawa San-ha akan membintangi dalam “Crazy Love”, dan turut berkongsi bahawa dia telah menyelesaikan persiapan untuk menunjukkan pertumbuhannya sebagai seorang pelakon.

astro sanha crazy love

Tambahan, San-ha akan memegang watak sebagai Lee Su-ho, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi dan satu-satunya adik lelaki kepada watak Krystal, Lee Shin-ah. Lee Su-ho sentiasa bertengkar dengan Lee Shin-ah, tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat mengambil berat tentang keluarganya. Khususnya, dia mempunyai rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada kakaknya, yang mana akan membuatkan penonton tertanya-tanya bagaimana perkara itu akan mempengaruhi perkembangan plot.

Nantikan “Crazy Love” akan mula ditayangkan pada 7 Mac ini di KBS 2TV dan Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...