Selepas keluar dari FNC Entertainment, Seol-hyun AOA nampaknya sudah pun bernaung di bawah agensi baru.
Terbaru pada 10 November, Yieum Hashtag mengumumkan bahawa Seol-hyun telah menandatangani kontrak eksklusif bersama agensi tersebut,
Pelakon Kim Seol-hyun akan bermula dengan Yieum Hashtag. Pelakon Kim Seol-hyun dikenali bukan sahaja dengan visual yang menawan, tetapi juga kerana bakatnya yang tidak terhingga. Kami akan menyokongnya tanpa sebarang keraguan supaya Kim Seol-hyun boleh mempamerkan potensi penuhnya dan berkembang sebagai pelakon pada masa hadapan.
Untuk pengetahuan, Yieum Hashtag juga merupakan agensi kepada pelakon Jun Ji-hyun, Seo Ji-hye, Kim So-hyun dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Seol-hyun akan kembali menemui penonton menerusi drama “I Don’t Want To Do Anything”, bergandingan dengan Im Si-wan.
Jangan lupa tonton!