Setelah 10 tahun bekerjasama, Seol-hyun AOA nampaknya telah memilih untuk berpisah dengan agensinya FNC Entertainment.
Pada 20 Oktober, FNC Entertainment telah mengumumkan bahawa kontrak eksklusif mereka bersama Seol-hyun akan tamat, menjelang hujung Oktober nanti.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan agensi:
Selepas berbual panjang dan berbincang dengan Seol-hyun, kami telah bersetuju untuk menamatkan kerja pengurusannya. Sejak penampilan pertamanya pada 2012, Seol-hyun telah menunjukkan sisi yang mengagumkan dalam banyak cara sebagai artis yang mewakili FNC Entertainment. Terima kasih kepada semua peminat yang memberikan sokongan kepada kami.
Tambah agensi,
Pada masa hadapan, kami dengan ikhlas akan menyokong langkah Seol-hyun, dan kami meminta kasih sayang serta sokongan anda yang tidak berubah untuk Seol-hyun sambil dia bersedia untuk permulaan baharu.
Dalam pada itu, Seol-hyun akan menemui penonton dalam drama baru berjudul “I Don’t Want To Do Anything” bergadingan dengan Im Si-wan.
Selamat maju jaya buat Seol-hyun!