Selepas Celine, V BTS telah dilantik sebagai duta kepada jenama mewah ‘Cartier’!

Terbaru pada 19 Julai, Cartier telah mengumumkan bahawa V adalah wajah untuk kempen terbaru ‘Panthére De Cartier’, sebagai duta untuk jenama aksesori mewah itu.
Arnaud Carrez, Naib Presiden Kanan Cartier Antarabangsa dan Ketua Pegawai Pemasaran berkata mengenai pelantikan V,
Kami secara semula jadi memilih V untuk menyatakan daya tarikan dan aura harimau kumbang. V, yang mempunyai keperibadian dan aura yang kuat, akan membuat keputusan yang didorong oleh kreativitinya sebagai penari, pemuzik dan pencinta seni, serta dia akan mempamerkan gaya dan keanggunannya sendiri.
View this post on Instagram
Dengan ini, V juga telah sertai Ji-soo BLACKPINK sebagai duta kepada Cartier, menambah keterujaan peminat untuk menantikan sekiranya kedua mereka akan bekerjasama di masa hadapan.
Tahniah V!