Nampaknya, Ji-soo BLACKPINK telah membuktikan impak hebatnya dalam dunia fesyen global.
Terbaru pada 24 Mei, Ji-soo secara rasmi menyertai keluarga duta global (dikenali sebagai Panthère) untuk konglomerat barangan mewah Perancis ‘Cartier’.
Arnaud Carrez, naib presiden kanan ‘Cartier’, mendedahkan selaras dengan pengumuman itu,
Semasa membayangkan suasana Panthère, saya secara naluri memikirkan Ji-soo. Dia penuh keyakinan dan bakat namun kini takut untuk menunjukkan keupayaannya kepada dunia, dan dia bertindak sebagai suara generasi baru.
Ji-soo juga turut meluahkan perasaanya,
Saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga besar Cartier. Ia adalah satu penghormatan dan kegembiraan bagi saya untuk menyertai suku Panthère di mana semua orang didorong oleh kekuatan perwatakan. Saya tidak sabar untuk menjelmakan Panthère untuk dilihat oleh semua orang.
Untuk pengetahuan, Ji-soo akan menyertai Panthère bersama-sama dengan duta global lain seperti Annabelle Wallis, Ella Balinska dan Mariacarla Boscono.
Sekadar info, Ji-soo juga merupakan duta global fesyen dan kecantikan bagi jenama mewah ‘DIOR’.
Tahniah Ji-soo!