Ikuti Kami:

Sertai Agensi Baru, G-Dragon Secara Rasmi Berpisah Dengan YG Entertainment Selepas 17 Tahun

Sertai Agensi Baru, G-Dragon Secara Rasmi Berpisah Dengan YG Entertainment Selepas 17 Tahun

Nampaknya, G-Dragon telah memutuskan untuk meneruskan kerjayanya dengan agensi baru.

Terbaru, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa G-Dragon secara rasmi telah keluar dari agensi tersebut,

Kami amat berharap G-Dragon akan mendapat permulaan baharu yang lancar, menerima banyak sokongan dan galakan daripada peminat.

Pada masa yang sama, ahli BIGBANG itu juga telah menandatangani kontrak eksklusif bersama Galaxy Corporation dan akan melakukan pelbagai aktiviti di bawah syarikat itu. Jelas mereka,

Terdapat beberapa pertanyaan mengenai masa depan G-Dragon, terutamanya hubungannya dengan syarikat kami, berikutan kesimpulan siasatannya. Itulah sebabnya kami ingin berkongsi perkara ini dengan anda semua hari ini.

Lebih daripada segala-galanya, ini adalah tempat di mana Kwon Ji-yong, yang mengalami masa sukar, boleh menyusun semula dan kembali kepada umum sebagai seorang artis. Sila galakkan dan sokong Galaxy Corporation dan G-Dragon supaya kita boleh menjalani perjalanan yang baik bersama-sama pada masa hadapan.

g-dragon

Untuk pengetahuan, Galaxy Corporation dikenali dengan perniagaan mereka dalam bidang pembangunan dan pemasaran AI/metaverse, serta merupakan syarikat pengeluaran di sebalik rancangan Netflix “Physical: 100”.

Semoga terus maju jaya G-Dragon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...