Ikuti Kami:

G-Dragon Kongsi Kegembiraan Di Instagram Selepas Bebas Kontroversi Guna Dadah

G-Dragon Kongsi Kegembiraan Di Instagram Selepas Bebas Kontroversi Guna Dadah

Hantaran di media sosial G-Dragon telah menarik perhatian ramai peminat.

Pada pagi 19 Disember, media Korea melaporkan bahawa dakwaan dadah terhadap G-Dragon secara rasmi telah berakhir selepas dua bulan dan ahli BIGBANG itu diisytiharkan sebagai tidak bersalah.

Tanpa menunggu lama, G-Dragon telah membuat beberapa buah hantaran di media sosial miliknya.

Di mana, salah satu gambar yang di muat naik merupakan gambar G-Dragon bersama dengan CL di acara KENZO yang diadakan pada 15 Disember lalu.

gd ig

Dalam masa yang sama, dia turut berkongsi gambar bunga daisy di ‘Instagram Story’ miliknya dengan kapsyen,

Guardians of Daisy.

Terlebih dahulu, kapsyen ‘Guardians of Daisy’ ini telah digunakan oleh rakan idola serta keluarga dan peminat G-Dragon bagi membela ahli BIGBANG tersebut daripada dakwaan penggunaan dadah yang diterimanya.

Malah, penyanyi ini juga dilihat seakan sedang memberi petunjuk mengenai kemunculan kembalinya selepas dia memuat naik gambar dengan gaya rambut yang dilakukannya ketika era “Still Life” beserta lirik lagu lama yang juga merupakan salah sebuah lagu di dalam album solonya “Kwon Jiyong”.

gd instagram story

Rata-rata peminat kini teruja kerana ahli BIGBANG itu sudah kembali aktif seperti sedia kala dan berharap agar G-Dragon akan melakukan kemunculan semula dalam masa yang terdekat.

G-Dragon dah boleh fokus untuk album baru tanpa perlu fikir tentang apa yang terjadi sebelum ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...