Ikuti Kami:

“Keadilan Akan Menang” – Polis Umum Keputusan Akhir Skandal Dadah G-Dragon BIGBANG

“Keadilan Akan Menang” – Polis Umum Keputusan Akhir Skandal Dadah G-Dragon BIGBANG

Polis mengakhiri siasatan dakwaan dadah terhadap G-Dragon BIGBANG tanpa sebarang pertuduhan.

Menurut laporan pada 19 Disember, Unit Siasatan Jenayah Dadah Agensi Polis Metropolitan Incheon mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk tidak menghantar G-Dragon kepada pihak pendakwaan, selepas ahli BIGBANG itu disiasat kerana melanggar Akta Kawalan Dadah/

Sebelum ini, polis telah menyiasat penyanyi itu berdasarkan kenyataan A, seorang pengarah wanita di sebuah pusat hiburan.

Walaubagaimanapun, G-Dragon secara sukarela telah menghadiri panggilan polis dan mendapat keputusan negatif dalam semua jenis ujian dadah, termasuk pemeriksaan rambut dan kuku badan yang terperinci.

gdragon police station

Polis kemudiannya meneruskan siasatan tetapi tidak menemui bukti yang jelas. Namun, memandangkan A telah meminda kenyataannya, pihak polis tidak lagi dapat mengesahkan dakwaan dadah terhadap G-Dragon.

Malah, G-Dragon membuktikan bahawa dia tidak melakukan kesalahan tersebut dan memuat naik mesej yang berbunyi,

Keadilan akan menang.

Dalam masa yang sama, ahli kumpulan BIGBANG ini juga dijangka akan meneruskan aktivitinya tidak lama lagi selepas tular desas desus yang mengatakan bahawa G-Dragon akan melakukan kemunculan semula.

Akhirnya, G-Dragon dah dapat keadilan buat dirinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...