Ikuti Kami:

3 Tahun Dalam Rancangan, G-Dragon Dilapor Akan Buat Kemunculan Semula Nanti

3 Tahun Dalam Rancangan, G-Dragon Dilapor Akan Buat Kemunculan Semula Nanti

Biar betul?

Pada Oktober lalu, peminat dikejutkan berita mengenai G-Dragon yang terpalit di dalam kontroversi dadah. Walau bagaimanapun, ketua kumpulan BIG BANG itu telah menafikan semua dakwaan dan mendapat keputusan negatif bagi kesemua ujian.

Kini, setelah membersihkan semula namanya, kemunculan kembali G-Dragon di dalam industri muzik amat dinanti-nantikan oleh peminat.

Pada 12 Disember, media Korea melaporkan bahawa ahli BIG BANG tersebut sedang di dalam proses untuk mengeluarkan album baru.

Mereka berkata,

G-Dragon sekarang sedang bekerja keras untuk album terbarunya di syarikat baru.

gdragon (2)

Terlebih dahulu pada Januari 2023, G-Dragon telah mengumumkan bahawa dia akan mengeluarkan album baru, 6 tahun selepas dia mengeluarkan album “Kwon Ji Yong” pada tahun 2017.

Malah, projek album ini juga sudah dirancang selama lebih 3 tahun selepas G-Dragon keluar dari latihan ketenteraan.

Dalam masa yang sama, G-Dragon juga telah didapati memberikan petanda kepada peminat selepas dia berkongsi mesej yang mendalam di media sosialnya serta menukar gaya rambutnya.

Dengan pendedahan tambahan daripada media Korea ini, peminat menjadi lebih yakin dan teruja dengan kemungkinan G-Dragon akan membuat kemunculannya tidak lama lagi.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...