Ikuti Kami:

Seronok Untuk Ditonton, Ini Antara 5 K-Drama Dengan Jalan Cerita ‘Pelik’ & Penuh Imaginasi

Seronok Untuk Ditonton, Ini Antara 5 K-Drama Dengan Jalan Cerita ‘Pelik’ & Penuh Imaginasi

K-Drama sentiasa menyajikan penonton jalan cerita yang seronok.

Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang K-Drama lain daripada lain kerana jalan ceritanya yang dikategorikan sebagai sedikit pelik.

Extraordinary You 

Siri percintaan K-Drama 2019 ini mengisahkan seorang gadis sekolah menengah, Eun Da-oh menyedari bahawa dia tinggal dalam dunia komik. Masa depannya telah ditentukan oleh pengarang dan dia berazam untuk mengubahnya serta, dia berusaha mencari cinta sejatinya. Dia juga mendapat tahu bahawa dia hanyalah watak sampingan di dalam komik itu dan dia tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Eun Da-oh membuat keputusan untuk mencari cinta sejatinya sendiri dan bukannya yang ditentukan oleh penulis komik itu. Pada suatu hari, dia telah jatuh daripada tangga sekolah namun diselamatkan oleh seorang pelajar lelaki dan hatinya mula berbunga-bunga. Selepas itu, dia mendapat tahu bahawa lelaki itu sekelas dengannya dan dia juga tidak mempunyai nama. Mereka mulai rapat dan Eun Da-oh menamakannya Haroo.

A Good Day To Be A Dog 

“A Good Day To Be A Dog” adalah drama percintaan antara seorang wanita yang ingin memecahkan sumpahan yang mengubahnya menjadi anjing pada setiap subuh dan seorang lelaki yang takut dengan anjing.

Han Hae-na ialah seorang wanita bujang dan dia mengajar di sebuah sekolah menengah. Keturunannya telah disumpah disebabkan kesalahan moyangnya, sumpahan itu menyebabkan keluarganya akan bertukar menjadi anjing pada tengah malam selama 6 jam apabila dia mencium seseorang. Selepas itu, mereka kembali kepada penampilan biasa.

My Holo Love

Siri percintaan ini menunjukkan kisah  dua orang jatuh cinta tanpa pernah benar-benar mengenali antara satu sama lain. So-yeon mempunyai masalah untuk mengecam muka orang dan setiap manusia yang dilihatnya hanyalah kabur pada pandangan. Hal ini lantas membuatkan dia menjadi seorang yang pendiam kerana takut tersalah menegur orang. Atas satu insiden yang tidak dijangka, satu cermin mata hologram telah sampai ke tangan wanita itu.

Dia kemudiannya mengenali satu hologram AI yang bernama Holo menerusi cermin mata tersebut dan dia mula merasai perubahan kepada kehidupannya. Sepanjang bersama So-yeon, Holo yang telah diprogramkan oleh seorang bijak pandai iaitu Go Nan-do mula menyedari bahawa perasaan seseorang tidak mampu dikawal dan tiada batasannya. Melihatkan interaksi di antara ciptaannya dan wanita tersebut membuatkan Go Nan-do berasa tak tentu arah.

Meow, The Secret Boy 

Siri komedi romantik yang dikeluarkan pada tahun 2020, “Meow, The Secret Boy” mengisahkan seorang wanita muda bernama Kim Solah telah membawa pulang seekor kucing yang comel ke rumahnya, meskipun tidak berapa gemar dengan haiwan itu.

Ternyata, kucing ini sebenarnya boleh berubah menjadi manusia dan lebih daripada itu, dia telah jatuh cinta dengan pemilik barunya. Kucing tersebut hanya bertukar kepada manusia apabila tiada sesiapa yang melihatnya. Sepanjang siri ini, kucing itu cuba menyembunyikan identiti manusianya daripada pemilik sambil turut mendedikasikan diri untuk tinggal berdekatan dengannya pada setiap masa.

Glitch 

“Glitch” mengisahkan tentang dua wanita, Ji-hyo dan Bo-ra. Ji-hyo ialah seorang wanita yang boleh melihat makhluk asing, manakala Bo-ra ialah wanita yang mengejar makhluk asing sepanjang hidupnya. Suatu hari, teman lelaki Ji-hyo hilang dari muka bumi dan mereka berdua bekerjasama untuk menyelesaikan misteri itu.

Korang kena layan semua drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...