Utama Drama Korea “Saya Pun Nangis” – Dulu Dikritik, Lakonan Emosi Cha Eunwoo Dalam ‘A...

“Saya Pun Nangis” – Dulu Dikritik, Lakonan Emosi Cha Eunwoo Dalam ‘A Good Day To Be A Dog’ Dipuji

cha eunwoo a good day to be a dog

Bukan sahaja seorang penyanyi malahan, Cha Eun-woo juga turut dikenali sebagai seorang pelakon.

Namun, lakonannya dalam drama terkininya “A Good Day To Be A Dog” telah menerima kritikan daripada beberapa penonton, yang mengatakan bahawa dia nampak ‘kayu’.

Bagaimanapun dalam episod 6 yang baru ditayangkan, lakonan Cha Eun-woo telah menerima pujian apabila wataknya Jin Seo-won, menangis mengimbau masa lalu.

Dalam episod itu, dia mengingat kembali sewaktu dia diusik kawan-kawannya kerana dia takut dengan anjing dan juga dipukul rakan sekolah. Meskipun cuba untuk bertahan namun dia tidak dapat menyembunyikan kesakitan itu dan akhirnya menangis di sebelah anak saudaranya.

Khususnya, penonton terkesan melihat Cha Eun-woo menangis dan memuji bahawa ekspresi lakonannya sudah bertambah baik. Dengan ini, peminat semakin mempunyai jangkaan tinggi untuk melihat lelaki itu menunjukkan lakonan emosi yang lebih rumit.

Auto nangis sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTwitter
Loading...