Ikuti Kami:

“Seronok Ketika Penggambaran” – Tamat Kini, Hani Kongsi Perasaan Terajui Drama Seksual ‘Fantasy Spot’

“Seronok Ketika Penggambaran” – Tamat Kini, Hani Kongsi Perasaan Terajui Drama Seksual ‘Fantasy Spot’

Selamat tinggal diucapkan buat drama “Fantasy Spot” yang telah pun menayangkan episod akhirnya beberapa hari lalu.

Bagi yang tidak mengetahui, drama Coupang Play itu merungkai pelbagai dilema yang dihadapi wanita mengenai pelbagai topik seks dan hubungan intim.

Ulas teraju utamanya Hani EXID mengenai kesudahan drama itu,

Hello, ini Ahn Hee-yeon, pelakon yang membawa watak Hee-jae dalam siri Coupang Play ‘Fantasy Spot’. Sebagai penonton, saya juga seronok menonton drama ini dan berasa sedih kerana ia sudah tamat. Apabila difikirkan semula, saya berasa seronok setiap kali di set penggambaran.

Tambahnya,

Sebanyak mana saya seronok ketika penggambaran, saya berharap agar kegembiraan itu dapat dirasai oleh penonton itu. Terima kasih kerana menonton ‘Fantasy Spot’ dan kalau ada yang belum menontonnya, lebih baik sekiranya anda melihatnya.

Akhir sekali, Hani turut mengucapkan terima kasih buat pengarah, penulis dan staf yang turut bekerja keras bersama untuk menjayakan drama itu.

Dalam pada itu, ahli EXID itu turut disahkan bakal menyertai barisan pelakon untuk drama “Call It Love” di Disney+.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...