Ikuti Kami:

“Serius Lah” – Choi Bopil Bakal Kembali Ke ‘Running Man’?

“Serius Lah” – Choi Bopil Bakal Kembali Ke ‘Running Man’?

Sejak tahun lalu, pengarah “Running Man” telah pun berubah daripada Choi Bo-pil ke Choi Hyung-in.

Bagi peminat tegar program ini, pengunduran diri lelaki itu merupakan satu momen sedih dalam sejarah “Running Man” memandangkan dia antara pengarah yang dikenali ramai. Malah penonton menggelarnya sebagai ahli ke-8 program SBS tersebut dek telatahnya yang kelakar dan keserasian hebat bersama ahli lain.

Terbaru, saluran “Running Man” telah membuat kejutan apabila memuat naik video bertajuk ‘Choi Bopil’ di YouTube. Rata-ratanya menantikan apa yang dipaparkan dalam klip berkenaan, seperti berita kepulangan lelaki itu ke rancangan berkenaan.

choi bopil

Namun mengejutkan apabila saluran berkenaan sebenarnya mengusik sahaja dan menggunakan peluang itu untuk mempromosikan program terbaru kelolaan Choi Bo-pil di SBS iaitu “No Math School Trip”.

Segelintir peminat meluahkan rasa teruja dan terharu melihat hubungan rapat ahli dan pihak produksi “Running Man” yang masih berkekalan meskipun Choi Bo-pil sudah pun meninggalkan program itu.

Jangan lupa sokong program terbaru Choi Bo-pil tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...