Ikuti Kami:

“Saya Cuba ‘Lari’ Dari ‘Running Man’..” – Bekas Pengarah ‘Running Man’

“Saya Cuba ‘Lari’ Dari ‘Running Man’..” – Bekas Pengarah ‘Running Man’

Dikenali ramai kerana “Running Man”, pengarah Choi Bo-pil kini memperkenalkan sebuah program hiburan baru di SBS.

Untuk pengetahuan, “No Math School Trip” membawa ahlinya menyertai percutian seperti di sekolah dengan para lelaki yang ‘kurang cerdik’ dan meneyelesaikan pelbagai misi bersama selama 6 hari 5 malam.

Kongsi pengarah itu dalam sebuah temubual istimewa untuk meraikan pelancaran program ini,

Saya mempunyai sejarah bersama Yang Se-chan sejak ‘Running Man’ lagi dan kami pernah bersembang untuk melakukan program bersama-sama. Saya juga sukakan Lee Yong-jin dan perasan bahawa tiada program berkaitan dengan rakan sebaya lantas menghubungi Zico, Crush, Do Kyung-soo dan lain-lain bagi mempelawa mereka menyertainya.

cjoi bopil yang sechan

Jelasnya lagi, meskipun ini merupakan pengalaman pertama bagi kebanyakan dari ahli itu namun mereka berjaya merakam pelbagai babak menarik sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Pernah menjadi pengarah untuk “Running Man”, komen Choi Bo-pil,

Saya berusaha keras untuk ‘lari’ dari ‘Running Man’. Sebenarnya terdapat sedikit pengaruh daripadanya. Terdapat misi dan resolusi yang sama tapi di ‘Running Man’, semuanya adalah veteran. Kalau di sana, saya perlu menaik taraf segala misi namun di sini, apa-apa misi yang diberikan berjaya dilakukan dengan seronok.

no math school trip

Nantikan “No Math School Trip” bermula malam ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...