Siapa yang tengah seronok layan drama Kim Hye-soo “Under The Queen’s Umbrella” di Netflix sekarang?
Bagi yang belum tahu, Kim Hye-soo sedang membintangi drama “Under The Queen’s Umbrella”, dan membawa watak sebagai Ratu Im Hwa-ryeong, seorang yang sentiasa bimbang tentang anak-anaknya yang bermasalah.
Terbaru, penonton perasan bahawa Kim Hye-soo sering berkongsi foto di sebalik tabir “Under The Queen’s Umbrella”, sekaligus menggunakan platform media sosialnya untuk mempromosikan semua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan.
View this post on Instagram
Meski hanya membawa watak sampingan, foto pelakon Oh Ye-ju, Park Jun-myeon dan Yoo Yeon turut dimuat naik di laman Instagram Kim Hye-soo, dengan nama sebenar serta nama watak mereka ditulis di ruangan kapsyen. Supportive sangat!
Untuk pengetahuan, sebelum ini ketika drama “Juvenile Justice”, pelakon itu turut memberi sokongan dengan menyiarkan foto pelakon yang membawa peranan kecil, bagi memberi pendedahan buat mereka.
Baik kan Kim Hye-soo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.